Monday, 25 November 2013

Sewa Dulang Hantaran: Terma dan Syarat



TERMA DAN SYARAT PENYEWAAN DULANG HANTARAN


1. Langkah pertama:

email bridezillashop@yahoo.com butiran sewaan barang seperti berikut:

          Nama:__________
          No. Tel: ________
          Lokasi:_______
          Tarikh sewaan:__________ (7 hari)
          Kod item dulang sewa:_______________
          Kuantiti: _________

2. Langkah kedua:

Bridezillashop akan reply email anda dengan pengesahan kekosongan tarikh, harga, deposit diperlukan, security deposit dan maklumat akaun Bank CIMB. Barang yang disewa memerlukan security deposit sebanyak RM$$.00. Bayaran deposit bergantung kepada jenis dulang. Tempoh sewaan hanyalah selama 7 hari sahaja. 

3. Langkah ketiga:

Bank-in deposit yang dinyatakan untuk lock tarikh sewaan anda (7 hari). Jika tempahan dibatalkan, deposit tidak akan dipulangkan. Tempahan anda tidak dianggap sah selagi belum membuat sebarang pembayaran deposit.

4. Langkah keempat:


Email atau SMS nama penuh, alamat, No. Tel, jenis tempahan@booking & bukti bayaran di bridezillashop@yahoo.com setelah bayaran dibuat.

5. Langkah kelima:


Baki bayaran hendaklah dijelaskan sebelum / semasa pengambilan dulang hantaran.

6. Langkah keenam:


Pulangkan dulang hantaran pada hari terakhir sewaan seperti yang dijanjikan. Security deposit RM$$.00 akan dikembalikan apabila barang yang disewa dipulangkan dalam keadaan baik (no scratch or defects - serius beb!). 
Bridezillashop berhak menuntut gantirugi sekiranya berlaku sebarang kehilangan atau kerosakan setiap barang yang disewa dari kami.



CONTOH PROSES SEWAAN DULANG HANTARAN

Maira menghantar email kepada bridezillashop@yahoo.com untuk menyewa dulang hantaran kod D2 sebanyak 7 dulang dari tarikh 9 - 15 Oktober 2013. Pengesahan email daripada bridezillashop seperti berikut:

Tarikh: 9-15 Oktober 2013 [status: Available]
Harga: RM8.00 per dulang
Deposit: RM20.00
Security Deposit: RM50.00
Maklumat akaun bank CIMB: 12345678910

Maira perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM20.00 ke akaun bank CIMB yang dinyatakan.

Setelah  bayaran deposit dibuat,  Maira perlu menghantar email yang mengandungi nama penuh, alamat, No. Tel, jenis tempahan@booking & bukti bayaran ke bridezillashop@yahoo.com.

Pada tarikh 9 Oktober 2013, semasa maira mengambil dulang hantaran, maira perlu membayar security deposit (RM50.00) dan membayar baki bayaran harga sewaan (RM36.00). Maka, jumlah bayaran (RM86.00) = security deposit (RM50.00) + remaining rental payment (RM36.00).

Pada tarikh 15 Oktober 2013, semasa memulangkan dulang hantaran, maira akan menerima  kembali wang security deposit sebanyak RM50.00 apabila barang yang disewa dipulangkan dalam keadaan baik (no scratch or defects).

(,")",) TAMAT (,")",)

*bayaran deposit dan security deposit bergantung kepada jenis dulang hantaran*
*Deposit dan security deposit adalah 2 perkara yang berbeza*

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com